03 March 2020

ADIK LELAKI ZAHIRAH CURI TUMPUAN, DIKATA MIRIP NICHOLAS SAPUTRA & JIMMY SHANLEY


Pelakon Zainol Macwilson menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah memuatnaik sekeping foto bersama anak lelakinya untuk tatapan umum. Foto adik lelaki pelakon Zahirah Macwilson, Muhammad Haziq Macwilson itu telah mencuri tumpuan wargamaya apabila dikatakan mirip pelakon kacak Indonesia Nicholas Saputra.





Melihat pada foto tersebut, Haziq kelihatan segak mengenakan suit hitam dan berimej rambut panjang di samping bapanya. Difahamkan Haziq kini menetap di Perth Australia dan begitu meminati sukan bola sepak. Tambah Zainol lagi, anak lelakinya itu sedang mengintai peluang untuk menjadi pemain profesional mewakili mana-mana kelab bola sepak tempatan.

"Ini hero saya, satu-satunya anak lelaki saya. Salah satu permata saya, Mohammad Haziq Macwilson. Dia berhasrat untuk bermain bola dengan mana-mana kelab di Malaysia. Sebelum ni dia pernah bermain untuk beberapa kelab tempatan di Perth, Australia. Semoga hasratnya menjadi kenyataan," tulis Zainol.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji wajah tampan Haziq. Selain Nicholas Saputra, ada yang turut mendakwa wajah Haziq mirip pengacara Jimmy Shanley.

Klik untuk gambar besar


"Handsomenya anak bujang En. Zainol. Ada yang komen macam Nicholas Saputra. Harap impian Haziq jadi kenyataan,” kata seorang wargamaya. - "Berapa tinggi dia ni, handsome macam ayahnya,” puji seorang wargamaya. - "Ingatkan Jimmy Shanley tadi!" komen seorang wargamaya.

"Oii nak minta jadi menantu," usik seorang wargamaya. - "Alhamdulillah anak-anak perempuan uncle Zainol semua lawa-lawa, hero sorang ni pun segak bergaya macam ayahnya. Mudah-mudahan hasratnya menjadi kenyataan," ujar seorang wargamaya lagi.

Imbas kembali, Zainol, 61, dan bekas isterinya Maslinda Yusof, 46, telah bercerai pada 9 November 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Zainol Macwilson & Mohammad Haziq Macwilson


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: