08 March 2020

AL-FATIHAH - SUAMI RUBIAH SUPARMAN KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pada jam 5.15 petang semalam, suami kepada pelakon veteran Rubiah Suparman iaitu Zahri Mohd Nor telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di USJ, Subang Jaya akibat kanser paru-paru. Anak tirinya, Azida Roselay ketika dihubungi berkata, arwah keluar masuk hospital sejak Januari lalu, bagaimanapun disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru pada bulan lalu.





Arnida berkata, keadaan arwah agak baik selepas keluar wad pada Khamis lalu. Bagaimanapun, kesihatannya makin tenat dan kerap tidak sedar diri, sejak kelmarin: "Hari ini (semalam), arwah langsung tidak sedarkan diri.

"Kami sekeluarga reda dengan pemergian ayah. Ayah disahkan menghidap kanser paru-paru pada hujung Januari lalu. Bagaimanapun, ayah tidak menjalani sebarang pembedahan kerana risiko tinggi memandangkan usianya sudah menjangkau 80 tahun.

"Kami sekeluarga sudah bersedia dengan segala kemungkinan apabila keadaan ayah semakin lemah dari hari ke hari. Malah, beberapa hari sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir dia juga dalam keadaan sedar dan tidak sedar.

Klik untuk gambar besar


"Dia menghembuskan nafas terakhir di hadapan isteri dan anak-anak. Cuma, dia seperti ternanti-nantikan kepulangan seorang anaknya, David Azmi Zahri dari London. Sedihnya, David tiba, arwah sudah tutup mata," katanya.

Menurut Azida, ibunya reda dengan pemergian suami tercinta: Alhamdulillah, mak kuat dan reda dengan pemergian ayah. Diharapkan semoga segala urusan berjalan lancar. Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Mukminun, USJ2, sebelum dikebumikan Tanah Perkuburan Islam USJ 22, pagi esok (hari ini)," jelasnya.

Rubiah merupakan angkatan pelakon era 70-an yang banyak membintangi filem dan drama antaranya 'Bila Hati Telah Retak', 'Dayang Suhana', 'Potret Maria' dan lain-lain. Dia juga mengusahakan restoran Puteri yang sangat popular bagi masyarakat di sekitar Lembah Kelang.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro, Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: