08 March 2020

"MINTA MAAF KALAU ADA SAKITKAN HATI... TAK NAK ADA MASALAH" - ALIFF SYUKRI


Menerusi laman Instagram Stories, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah membuat permohonan maaf secara terbuka dalam rakaman video berdurasi 15 saat itu. Dalam video tersebut, Aliff berkata, dia tidak mahu ada masalah dengan sesiapa.





"Kepada semua, saya nak minta maaf kalau ada menyakitkan hati korang (anda) menyebabkan korang tak suka pada saya. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak nak ada masalah dengan orang. Maafkanlah saya," tuturnya yang tidak dinyatakan secara terperinci permohonan maaf itu membabitkan isu yang mana satu.

Terdahulu, Aliff didakwa memukul anak angkatnya yang berusia dua tahun. Dalam laporan polis yang dibuat terhadapnya, mangsa dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan pada badannya.

Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya. Menerusi laporan semalam, Aliff menyerahkan perkara itu kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

"Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis. Biar mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera," ujarnya.

Dalam masa sama, isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyerahkan sepenuhnya kepada polis susulan dakwaan suaminya itu dikaitkan dengan kejadian memukul anak angkat mereka: "Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: