25 March 2020

ALHAMDULILLAH - ERNIE ZAKRI AKHIRNYA BERTUDUNG KEKAL


"Sebagai manusia biasa sudah pasti sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup. Jadi, penghijrahan ini adalah pilihan saya. Sebenarnya, niat untuk bertudung sudah lama. Malah sebelum pergi umrah lagi.

"Tapi, mungkin disebabkan komitmen kerja perkara ini tertangguh. Apabila dapat duduk di rumah sepanjang PKP ini, saya mulai muhasabah diri dan berasakan ini waktu sesuai untuk berhijrah.





"Alhamdulillah, doakan yang terbaik pada saya dan paling penting kekal istiqomah. Saya berkongsi perkara ini supaya ia dapat memberi inspirasi dan aura positif pada orang lain juga,” kongsi penyanyi Ernie Zakri, yang telah mengenakan tudung secara kekal.

Ernie berkata demikian berikutan gambar bertudung yang dikongsikannya melalui Instagram miliknya baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


"Kalau masih ada penampilan saya yang tidak bertudung disiarkan, itu sudah lama dirakamkan. Harap ia tidak menjadi isu.

"Malah, dalam video muzik Gundah yang bakal dilancarkan pada Jumaat ini pun, penampilan saya masih belum bertudung.

"Jadi, saya berharap peminat faham," ujarnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: