30 March 2020

ALIFF KONGSI FOTO MASA KECIL DENGAN ANAK LELAKI - NETIZEN PUJI COMEL, COPY PASTE


Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar menerusi satu entri di laman Instagram miliknya telah berkongsi foto dirinya ketika masih kecil yang digabungkan dengan foto anak lelakinya, Muhammad 'Ali dengan kapsyen: "Mat Alep dengan Mat 'Ali dua-dua sangat comel, tiber," seloroh Alif di ruangan kapsyen.





Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Alif di ruangan komen. Rata-rata mereka memuji kecomelan 'Ali dan mengatakan rupa parasnya kelihatan seperti Alif: "Dua-dua comel. - "Cutie pie...dua-dua cute. - "Kawan baik di masa hadapan nanti. - "Copy paste tak payah ujian DNA dah," tulis netizen.

Terdahulu, 'Ali yang merupakan anak ketiga Alif bersama isterinya Shadila Halid dilahirkan pada 19 September 2019. Sebelum itu, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alif Satar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: