07 March 2020

ALIFF SYUKRI MINTA HENTI SPEKULASI: "BUKAN TAK NAK KOMEN TAPI SAYA TERSEPIT..."


"Di sini apa yang boleh saya cakap isu saya ini masih dalam siasatan polis lagi. Apa-apa pun terima kasih atas kerjasama pihak media memberikan perhatian kepada isu saya ini. Saya bukan tak nak komen tapi saya tersepit... sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.





"Biarlah mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera," ujar usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan meskipun diasak dengan pelbagai soalan berhubung dakwaan dia melakukan penderaan terhadap anak angkatnya, baru-baru ini.

Aliff berkata, tindakannya mengunci mulut daripada mengeluarkan kenyataan adalah kerana bimbang jika ianya menganggu siasatan polis. Sementara itu, Aliff meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini dan memberi ruang kepada pihak berwajib menjalankan siasatan.

"Saya harap supaya masyarakat terutama netizen berhenti membuat sebarang spekulasi... biar orang yang sepatutnya buat kerja," ujar Aliff yang juga bergelar seorang penyanyi dan pernah berlakon.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Aliff didakwa memukul anak angkatnya bernama Aminah Alip Shah dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu. Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut

Suspek dikatakan memukul menggunakan tangan pada muka kanak-kanak terbabit semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk kandungan YouTube. Terdahulu, tular salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

Malah, Instagram usahawan kosmetik itu turut mula dibanjiri dengan komen netizen yang mahukan penjelasan berhubung isu ini. Pada Khamis lalu, pihak polis mengesahkan sudah menahan Aliff bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, Aliff dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: