07 March 2020

MUATNAIK KEPUTUSAN 9A SPM 'ANAK' - RAMAI TERTANYA-TANYA STATUS MICHAEL ANG


Menerusi laman Instagram, penerbit dan pengarah Michael Ang telah memuatnaik keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehi 'anaknya' bernama Ryan Ang iaitu 9A sebagaimana yang tertera pada slip keputusan. Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan itu, Michael, 44, turut mendoakan agar impian Ryan untuk bergelar doktor akan tercapai.





"Salam semua. Congrats to anak ku! Tak sangka otak kau pandai. Tak sangka keturunan aku ada yg Pandai belajar ingatkan Pandai shopping aje. May your dream to a be Doctor do come thru! Sorry Sebab baru post hari ni berpikir panjang and lama baru decided to post sbb takut org Cakap kita menunjuk! All I can say pergi mampus yg pikir aku nak menunjuk! Luv u!," tulis.

Entri yang dimuantaik Michael yang juga kini menjadi seorang pelakon itu ternyata mengejutkan ramai pihak. Selain mengucapkan tahniah di atas kejayaan tersebut, ada segelintir netizen yang tertanya-tanya Michael masih bujang lagi atau sudah berkahwin dan turut bertanya mengenai gerangan 'anak' yang dimaksudkan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Astro Gempak & Instagram Michael Ang


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: