07 March 2020

"BERLAKON JADIKAN KAWAN... DUNIA SEBENAR MUSUH" - SOFI JAWAB HUBUNGAN DENGAN FARID


Ditanya mengenai hubungannya dengan pelakon Datuk Farid Kamil, pelakon Soffi Jikan, 50, mengakui hubungan rapat mereka sudah berakhir dan sukar untuk dipulihkan. Bagaimanapun, Soffi berkata, dia tidak terasa hati dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat pelakon dan pengarah itu.





"Saya tidak ambil hati. Saya doakan dia berjaya, tetapi agak sukar untuk dapatkan hubungan baik atau persahabatan seperti sebelum ini. Tetapi kami tidak ada sebarang masalah cuba tidak baik macam dulu saja," katanya.

Dalam pada itu, Soffi berkata, dia tidak ada masalah jika diberi peluang untuk bergandingan dengan aktor berkenaan: "Kalau nak saya berlakon dengan dia, jadikan saya sebagai kawan dia kerana dalam dunia sebenar, saya musuh dia," katanya lagi.

Klik untuk gambar besar


Untuk rekod pada Februari 2018, Sofi diberkas ketika hadir memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Farid Kamil pada 31 Januari 2018. Dalam laporan itu, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artis yang terlibat meletakkan dadah dalam minumannya.

Dalam perkembangan lain, Soffi muncul dengan filem 'Jodoh Syaitan' yang ditayangkan di pawagam bermula 5 Mac lalu.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: