07 March 2020

NORA ARIFFIN: "ABANG, HARI INI HARI LAHIR ALIF JOHAN, TAK SEMPAT SAMBUT 21 TAHUN..."


Penyanyi Nora Ariffin menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi kisah hari lahir anaknya arwah Alif Johan. Perkongsian itu membuatkan ramai yang sebak dan turut bersedekah Al-Fatihah buat arwah: "Abang, hari ni 7/3 hari lahir anak kedua kita, Alif Johan tak sempat sambut 21 tahun hari ni. Alif juga sudah pergi meninggalkan kami. Anak-anak lain, Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.





"Syukur pada Allah dengan kekuatan yang diberi, sokongan anak-anak, Iman, Putri & Fatehah, walau payah, perlahan-lahan I cuba melangkah selagi terdaya menyara hidup dan memberi kebahagiaan utk anak2 kita," tulis Nora pada salah satu entri di Instagram miliknya.

Tulis Nora, sekeluarga mereka merindui Allahyarham Johan dan berdoa semoga mereka dipertemukan kembali di Jannah: "We miss you a lot. Really Miss you. In Shaa Allah kita semua dpt bertemu lagi di Jannah. Al-Fatihah Johan Nawawi," tulis Nora lagi.

Klik untuk gambar besar


Manakala pada satu entri lain ketika menziarah kubur anak keduanya, Allahyarham Alif Johan, Nora turut mengucapkan selamat ulang tahun buat arwah: "Happy birthday yang ke 21 buat anakku Alif Johan. Hanya Doa yang mampu mama berikan.

"Maaf mama tak dapat cium dahi Alif lagi. Moga tenang disana bersama papa. In Shaa Allah kita akan bertemu lagi. Mama rindu Alif. Mama rindu Alif sebagai anak, teman borak, tengok wayang dan lain-lain. Miss you my BFF. Nanti kita jumpa lagi ye. Al-Fatihah," tulis Nora.

Walaupun diduga Allah SWT dengan kehilangan suami, pencipta lagu terkenal Johan Nawawi serta anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, namun Nora Ariffin tetap tabah. Untuk makluman, suami Nora meninggal dunia pada 24 Mac 2017 manakala anak keduanya meninggal dunia pada 14 Disember tahun lalu.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nora Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: