07 March 2020

"KALAU BETUL SALAH, BIAR POLIS AMBIL TINDAKAN" - SHAHIDA JAWAB ISU ALIFF SYUKRI


"Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan. Saya tidak ada apa nak komen. Biar polis buat kerja mereka," demikianlah kata isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang menyerahkan sepenuhnya kepada polis susulan dakwaan suami wanita itu dikaitkan dengan kejadian memukul anak angkat mereka berusia dua tahun.





Bagaimanapun, Shahida yang kini menunaikan umrah bersama anaknya sejak 23 Februari lalu itu enggan mengulas lanjut isu yang membabitkan suaminya dan berkata, sebaik-baiknya biar perkara itu diselesaikan pihak berwajib. Sementara itu, Aliff ketika dihubungi memohon doa yang terbaik buat dirinya: "Doakan yang terbaik," jawabnya ringkas.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan yang timbul, Aliff menyerahkan segala siasatan kepada polis. Malah, buat masa sekarang, Aliff memaklumkan dia dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengganggu siasatan polis.

Klik untuk gambar besar


"Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis. Biar mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera," ujar Aliff yang juga memohon masyarakat terutama warganet berhenti membuat sebarang spekulasi.

Terdahulu, laporan melaporkan mangsa yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan pada badannya. Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai seorang usahawan kosmetik didakwa telah mendera anak angkat perempuannya berusia dua tahun. Spekulasi netizen akhirnya terjawab, apabila pihak polis mengesahkan Aliff Syukri telah pun ditahan pada Khamis lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: