07 March 2020

JIBOB MULA BERI TINDAK BALAS - ISTERI BERTERIMA KASIH ATAS DOA SEMUA


"Alhamdulillah, apabila dipanggil, dia menggerakkan anak mata. Namun, suami masih dalam keadaan separuh sedar. Tidak mengapalah, asalkan dia memberi perkembangan baik. Ketika saya melawatnya pagi tadi (semalam), doktor beritahu suami perlu berehat dan usah diganggu.





Suami berada dalam keadaan separuh sedar petang ini (semalam) apabila kesan ubat mula berkurangan. Kita boleh bercakap dengannya walaupun matanya tertutup. Dia mampu mendengar apa yang diucapkan. Alhamdulillah, petang ini (semalam), suami memberi maklum balas positif.

"Teruskanlah berdoa agar Gbob lekas sedar dan sembuh," demikian kata isteri pelawak Jibob, Siti Aisyah Wahiddin yang bersyukur suaminya memberi tindak balas positif selepas menjalani pembedahan membuang darah beku dalam otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam semalam.

Siti Aisyah, 38, berkata, suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), HKL selepas terjatuh di rumah, pagi kelmarin. Siti Aisyah berkata, Jibob atau nama sebenarnya, Mohd Hamizi Hashim, 33, yang menganggotai kumpulan Bobo ketika menyertai Raja Lawak musim kelima, tidak menghidap sebarang penyakit.

"Selepas terjatuh kira-kira jam 1 pagi, dia mengadu tangannya tidak rasa apa-apa. Saya mahu bawa ke hospital tapi dia tak mahu atas alasan mengantuk. Sejam kemudian, suami terjaga lagi dan mengadu perkara sama. Apabila saya mula bertanya, dia sudah tidak boleh bercakap.

Klik untuk gambar besar


"Saya terus menelefon ambulans dan pergi ke Hospital Serdang. Selepas diperiksa, doktor beritahu ada pendarahan dalam otak dan perlu segera dibedah. Suami kemudian dipindahkan ke HKL dan menjalani pembedahan selama kira-kira lima jam," jelasnya.

Siti Aisyah yang berkahwin dengan Jibob pada 2015 mengakui begitu terharu apabila ramai pihak mendoakan kesembuhan suaminya: "Terima kasih saya ucapkan kepada semua. Hari ini ramai kenalan dan rakan artis yang datang melawat.

"Saya tahu semangatnya kuat. Cuma anak kami, Nur Humairah, dua tahun amat merindui ayahnya dan sering bertanya. Tambah pula ketika ayahnya jatuh, dia nampak kejadian itu. Saya terpaksa tinggalkan dia dan dijaga oleh sepupu buat sementara waktu," tuturnya.

Terdahulu, berita Jibob dikejarkan ke HKL dimaklumkan Amir Raja Lawak melalui entri video di laman Instagram. Antara rakan seperjuangan yang melawat Gbob adalah Azrul, Che Mat dan Hazwan. Selain Raja Lawak, Gbob membintangi filem 'Halim Munan', 'Strawberi Cinta' dan 'Operasi X'. Antara drama lakonannya adalah 'Nasi Minyak Kuah Cinta' dan 'Bila Hati Berbisik'.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: