07 March 2020

DAPAT SPM 8A - SITI NURHALIZA TERIMA HADIAH DARI DATUK SITI NURHALIZA


Baru-baru ini tular di media sosial Twitter mengenai reaksi seorang pelajar bernama Siti Nurhaliza, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman, Pahang ketika mengetahui keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi semakan berkomputer.





Lebih menariknya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menghadiahkan set kecantikan kepada pelajar terbabit yang beroleh keputusan cemerlang 8A dalam SPM semalam. Perkara itu didedahkan menerusi kiriman teks kepada pelajar cemerlang itu di akaun Twitternya: "Wei, nak naik gila rasa. TokTi nak bagi hadiah dekat aku. Aku dahla minat dia," tulis gadis itu.

Menerusi kiriman teks tersebut, Siti menerusi syarikatnya, Beausiti ingin menghadiahkan set kecantikan Simplysiti kepada pelajar itu sekeluarga: "Tahniah atas pencapaian cemerlang SPM 2019, wow sama nama dengan Siti Nurhaliza. Datuk Seri Siti Nurhaliza ingin hadiahkan Simplysiti dan Beausiti untuk adik dan ibu adik," tulis pengendali akaun @beausitiofficial.

Akui meminati kumpulan Korea Selatan, EXO, gadis yang dibesarkan oleh ibunya, Siti Ainoon Abdullah itu menginspirasikan Siti Nurhaliza sehingga menamakannya sempena nama penyanyi itu.

Klik untuk gambar besar


Diusik mengenai namanya yang mirip seperti artis nombor satu negara, Siti berkata ia memang diinspirasikan daripada nama artis tersebut: "Ibu saya orang Filipina, masa dia nak lahirkan saya, Siti Nurhaliza memang tengah top, sebab tu nama saya diinpirasikan oleh dia," ujarnya sambil ketawa.

Dalam pada itu, Siti yang mengambil aliran sastera berkata, dia tidak menjangka mampu mendapat gred A bagi kesemua lapan subjek yang diambilnya. Lebih terharu, dia merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di berkenaan.

"Saya tak expect pun, sebab masa percubaan SPM saya dapat 6A 2B sahaja. Sekolah saya pun ada 40 orang sahaja pelajar yang ambil peperiksaan SPM. Aliran yang ada hanya sastera memandangkan jumlah pelajar yang sedikit dan tiada guru yang boleh mengajar subjek sains tulen di sekolah ini," ujarnya.



Ketika ditanya petuanya dalam pelajaran Siti berkata dia tidak pernah meninggalkan amal ibadah serta menghormati guru: "Menjelang SPM juga, saya tidur lebih awal dan bangun pukul 3 pagi untuk melakukan ulang kaji pelajaran.

Mengenai latar belakang keluarganya pula Siti berkata selepas ibu dan ayahnya berpisah, dia dibesarkan oleh ibunya, Siti Ainoon Abdullah, 53: "Saya anak tunggal, bila jadi apa-apa semua saya buat dengan ibu. Sampaikan pergi ke konsert kumpulan Korea, EXO di Kuala Lumpur pun ibu saya teman.

"Ibu pun kerja sebagai pelayan restoran. Kalau saya dapat keputusan cemerlang je baru ibu bagi hadiah," ujar Siti yang pernah mendapat keputusan 8A semasa Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan turut memberitahu perancangan masa depannya adalah untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: