06 March 2020

AMBIL ALIH IG ARWAH ABAM - HIDAYAH KONGSI PERKEMBANGAN ANAK


Balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd. Ali menerusi satu posting yang dimuatnaik di laman Instagram, memaklumkan bahawa dia akan menguruskan akaun Instagram milik suaminya, @abam_bocik. Menurut Hidayah, akaun tersebut akan digunakan untuk berkongsi perihal anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.





"Assalamualaikum. Kepada semua pengikut Allahyarham Syed Umar Mokhtar (Abam Bocey), mulai hari ini (semalam) akaun Instagram ini akan dikendalikan oleh saya @hidayah_abam. Saya akan update perkembangan terkini tentang anak kami, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar atas permintaan ramai yang mahu mengikuti perkembangan baby Hamzah.

"Terima kasih atas doa kalian buat Hamzah dan saya selama ini. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian," tulisnya menerusi satu entri yang dimuatnaik di akaun Instagram Abam.

Klik untuk gambar besar


Menerusi posting tersebut, Hidayah turut memuatnaik foto memaparkan anaknya, Hamzah selepas akaun tersebut tidak dikemas kini hampir sebulan. Jelasnya lagi, buat masa ini, dia akan mengekalkan penggunaan nama akaun @abam_bocik buat sementara waktu.

"Saya akan kekalkan nama @abam_bocik buat sementara waktu ini sementara menunggu pertukaraan username baru diluluskan oleh pihak Instagram untuk akaun ini. Terima kasih kepada semua," kongsinya.

Akaun Instagram @abam_bocik mempunyai seramai 2.5 juta pengikut. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi pada 10 Februari lalu, dipercayai akibat demam panas. Arwah Abam mendirikan rumah tangga dengan Nurhidayah pada 8 Disember 2017.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Berita Harian & Instagram Abam Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: