06 March 2020

JATUH BILIK AIR - JIBOB RAJA LAWAK SELAMAT DIBEDAH BUANG DARAH BEKU DI OTAK


"Sekitar pukul 1 pagi, Jibob kejutkan saya dan beritahu tangan kanannya sakit sebab dia terjatuh dalam bilik air. Saya ajak pergi hospital tapi dia kata nak tidur sekejap. Satu jam kemudian, dia kejutkan saya semula tapi waktu itu separuh badan dia dah tak boleh bergerak. Saya terus hubungi ambulans dan bawa ke Hospital Serdang.





"Selepas pemeriksaan doktor beritahu ada pendarahan dalam otak dan terus pindahkan dia ke HKL untuk jalani pembedahan buang darah beku," kata isteri pelawak Jibob Raja Lawak , Siti Aisyah, 38, yang memberitahu suaminya berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi membuang darah beku di otak pada pagi Khamis.

Isteri memaklumkan Jibob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi mengalami serangan angin ahmar sehingga menyebabkan lumpuh separuh badan selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya sekitar pukul 1 pagi, Khamis.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Amir Raja Lawak menerusi Instagram memohon orang ramai mendoakan kesihatan rakannya itu. Amir turut berharap orang ramai dapat membantu menghulurkan bantuan atau sumbangan bagi meringankan urusan keluarga pelawak berusia 35 tahun itu. Dalam pada itu, Aisyah berkata, suaminya masih belum sedar dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Alhamdulillah keadaan Jibob kini sudah stabil selepas beberapa jam jalani pembedahan tapi dia masih di bilik ICU sebab doktor beri ubat tidur supaya otak dapat berehat. Buat masa sekarang, saya tak tahu bila dia akan sedar. Apa-apa pun, saya berharap semua orang mendoakan keadaan Jibob," ujarnya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Amir Raja Lawak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: