06 March 2020

JANTINA ANAK KEDUA - SAHARUL TAK NAK TAHU SEHINGGA ISTERI BERSALIN


"Boy ke Girl? 3 bulan je lagi! Ramai betul yang tanya. Sebenarnya sy memang ckp dekat doctor, sy taknak tahu baby girl atau boy sampai lah Deena selamat bersalin nanti. InShaaAllah, tak kisah pun boy atau girl. Semuanya rezeki, asalkan mummy dengan baby sihat selamat dan cukup sifat Allah kurniakan. Amin Ya Rabb. Korang rasa boy ke girl? Agak2 ikut muka siapa. Eheheh.





"Doakanlah kami. Amin Amin Amin," tulis pelakon Saharul Ridzwan menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya yang memberitahu bahawa dia mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengetahui status jantina bayi keduanya sehingga isterinya bersalin.

Bahkan, Saharul atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 31, berkata, dia tidak kisah sekiranya bayi yang lahir nanti lelaki atau perempuan. Begitupun, Saharul turut bertanya kepada pengikutnya yang mahu meneka jantina bayi kedua mereka nanti. Posting tersebut kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Klik untuk gambar besar


Ada yang mendakwa kemungkinan bakal dikurniakan anak lelaki berdasarkan seri pada wajah isterinya: "Kalau tengok muka maknya, berseri-seri selalu lelaki lah, kalau mak tak ada seri anak perempuan. Petua orang tua je. Apapun terpulang pada kententuan Allah," komen salah seorang pengikutnya.

Saharul mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan Muhammad Luth Ali yang kini sudah menginjak usia tiga tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Saharul Ridzwan & Qaabila Deena Emir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: