19 March 2020

AMY BENGANG NABILA MASIH BEKERJA: "TAK ADA KEPALA OTAK KER? PENTINGKAN DIRI..."


"Working! Go home now! Ini mana punya production house! Tak ada kepala otak ker? Hanya pentingkan diri sendiri. Korang semua duk rumah dengan selamatnya yang lain ambil risiko sebab korang nak habiskan cepat kerja korang. Hello PDRM tolong pergi cari dorang ni sebab paksa orang kerja dan melanggar perintah.





"Suruh anak-anak korang jer lah kerja. Dorang ni melanggar perintah kerajaan. Anak aku sepatutnya ada kat dalam rumah bukan kerja. Abil please pack your thing and come home now!" tulis demikian kata penyanyi Amy Search di ruangan komen Instagram anaknya, pelakon Nabila Huda.

Nabila yang masih terbabit dengan penggambaran bersama sebuah produksi di Kelantan mencetuskan perasaan kurang senang semua pihak. Malah, bapanya sendiri Amy Search terkejut apabila anak perempuannya itu masih dikehendaki bekerja biarpun kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam.

Terdahulu pelakon wanita itu memuatnaik fotonya menjamu selera berbekalkan semangkuk mi segera di sebuah bilik hotel di Kelantan: "Tengok semua post Day 1 #lockdown menu, here goes mine while I'm in Kelantan.

Klik untuk gambar besar


"Still working, away from home, kena stay hotel, paling perit nak terima tak ada dapur nak masak. Pastu teringin gila nak makan maggi ketam dari beberapa hari lepas, tapi kata 'esok' pergi tapi 'esok' dah tutup. End up.. Ini je misteri jam 12 ku. Nok kelik! Homesick doh! I miss my kitchen, my nasi, suami, anak, kucing, family," tulis Nabila.

Susulan arahan bapanya, Nabila mendapatkan kebenaran dari pihak produksi untuk pulang ke kediamannya untuk bersama keluarga: "Sudah bercakap dengan pengurus produksi, tak dapat nak cakap dengan penerbit pun. Tak apa, Abil dah packing dan balik KL sekarang. Jangan bimbang papa ku sayang, janji Abil akan pulang dengan selamat," tambahnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Katanya, perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: