30 March 2020

AMY KINI BUKAN LAGI AHLI KUMPULAN SEARCH


Akhirnya setelah kemelut dan teka-teki berpanjangan, penyanyi rock legenda, Amy membuat kejutan apabila mengumumkan secara rasmi keluar daripada kumpulan Search.

Dia membuat pengumuman itu ketika tampil bersiaran secara langsung dalam satu portal hiburan, semalam.

"Dengan pengumuman ini saya berharap saya tidak menghalang perjalanan atau karier anggota sedia ada," ujarnya petik sebagai berkata.





Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, berkata, pengunduran itu adalah untuk kebaikan bersama termasuk memberi peluang buat anggota Search yang lain untuk mengorak langkah masing-masing tanpa bergantung atau tersekat kerana dirinya.

Semuanya disebabkan rentetan kenyataan anggota Search dalam sidang media Konsert Apologia Search & Awie baru-baru ini yang menyebut, mereka sudah berehat hampir dua tahun tanpa sebarang persembahan disebabkan jadual Amy yang terlalu padat.

"Perkara itu terjadi kepada semua penyanyi di seluruh dunia. Saya bukan 26 tahun, tapi 62 tahun. Saya menyanyi apabila dipanggil dalam show atau persembahan tertutup. Saya kira ia sesuai dengan peredaran masa di mana jika dulu peminat yang membesar bersama saya menonton saya menyanyi di konsert, tapi saat usia meningkat banyak yang memilih untuk menyaksikan persembahan saya secara tertutup," tambahnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Amy turut mengakui dirinya yang kini sudah melewati usia 62 tahun tidak lagi mempunyai kualiti vokal seperti pada usia 26 tahun.

Untuk info, pada 1994, Amy pernah keluar dari Search dan seterusnya tampil dengan album solo berjudul Magic.

Sementara itu, ahli kumpulan Search ketika ditanya mengenai perkembangan terkini itu enggan memberi komen lanjut, sebaliknya akan berunding sesama mereka untuk tindakan selanjutnya.

Ini kerana menurut Nasir, mereka pernah mencari Amy sehingga ke saat akhir, namun menerima jawapan daripada pengurusannya mengatakan Amy penat, mahu menumpukan perhatian kepada keluarga serta mahu fokus pada perniagaan.

"Amy belum mahu berterus terang ketika itu dan hari ini segala-galanya terjawab. Search akan terus hidup dan kekuatan kami bukan terletak pada seorang individu tapi semangat berkumpulan," katanya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: