18 March 2020

"ANGKAT TAK LAMA DALAM TIGA SAAT" - AFIEQ MOHON MAAF DUKUNG WANI KAYRIE


Berikutan tindakan merangkul pinggang dan mendukung penyanyi Wani Kayrie semasa persembahan malam final Dansa Dan Sing yang berlangsung pada penghujung bulan lalu, penyanyi Afieq Shazwan telah menerima teguran daripada peminat.





Menurut Afieq, 23, aksinya pada malam itu hanya berniat untuk menghiburkan penonton dan tidak menjangka ia menjadi perbualan hangat segelintir penonton: "Saya akui ada yang tegur aksi saya itu... sejujurnya persembahan kami hanya untuk menghiburkan penonton sebagai satu kejutan.

"Tapi lain pula jadinya, awal-awal tu orang tak perasan cuma apabila keluar gambar dan video di media sosial baru ramai yang komen dan tegur persembahan kami. Ada yang bagi pelbagai komen negatif dan positif, apa-apa pun persembahan itu dilakukan atas permintaan dan persetujuan kedua-dua pihak. Saya angkat dia pun tak lama dalam tiga saat saja," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pada malam akhir Dansa Dan Sing itu, Afieq menjadi artis jemputan bergandingan bersama peserta Wani Kayrie dan kumpulan De Litz mempersembahkan tarian dan nyanyian lagu 'Uptown Funk' X 'Say My Name!'. Bagaimanapun, persembahannya itu menerima kritikan netizen apabila Afieq dilihat mendukung Wani pada akhir tarian.

Sementara itu, penyanyi lagu 'Lelaki Di Telefon' ini memohon maaf jika aksinya mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak: "Saya minta maaf kalau ada bersangka buruk tentang benda itu, jangan fikir bukan-bukan itu hanya persembahan, selepas ini saya akan lebih berjaga-jaga.

"Sebelum ini pun saya pernah dukung lebih perempuan dalam persembahan lain atas arahan tenaga pengajar tapi tak jadi isu... mungkin kali ini sebab dengan Wani, itu yang jadi isu. Maaf ya, selepas ini saya akan lebih berhati-hati," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Afieq Shazwan & Wani Kayrie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: