30 March 2020
AZAR AZMI & TUNANG PUTUS 10 FEBRUARI LALU
"Ya, kami sudah putus tunang. Keputusan itu berpunca daripada beberapa perkara yang saya rasa tidak patut untuk didedahkan buat masa sekarang. Saya anggap jodoh kami tertulis sampai di situ saja.
"Doakan yang baik-baik untuk kami berdua, dan saya doakan yang terbaik untuk Azar juga," demikian kata penerbit filem Hafiz Rozlan yang mengaku ikatan pertunangannya dengan pelakon Azar Azmi sudah putus sejak 10 Februari lalu.
Hafiz bagaimanapun enggan memperincikan punca keretakan hubungan antara mereka dan mendoakan yang terbaik buat pelakon 'Pujaan Hati Kanda' itu. Terdahulu, status pertunangan mereka menjadi tanda-tanya apabila masing-masing sudah tidak berkongsi gambar bersama di laman sosial.
Azar dan Hafiz bertunang pada 1 Disember tahun lalu dengan disaksikan ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja. Pasangan itu merancang bertunang selama setahun dan majlis pernikahan dijangka berlangsung pada hujung tahun ini.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Azar Azmi
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment