30 March 2020
SHARNAAZ TERKILAN ADA PIHAK EDIT: "MELAWAK PASAI STERENG... AKU TAK AMBIK DUIT TU (B40)"
"Aku melawak pasai stereng kereta pun jadi bahan untuk hanpa? Aku tak layak pun terima duit tu, aku tak ambik pun duit tu (B40). Demi Allah aku sedekahkan pada yang lebih memerlukan. Syukur Allah bagi rezeki tak putus, amin," tulis pelakon Sharnaaz Ahmad di akaun Twitter miliknya yang meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang mengambil sebahagian sahaja daripada apa yang diceritakan di IG Stories Instagram.
Tulis Sharnaaz, dia sememangnya tidak layak untuk menerima duit RM1,000 bantuan daripada kerajaan kerana ada orang lain lagi yang sangat-sangat memerlukan: "Jadi bab stering kereta tu, jangan risau aku beli duit kutu aku nanti. Maafkan aku kalau ada pihak terasa. Aku salah. Maaf Ya kawan.
"Kepada yang telah edit part bahagian itu sahaja untuk membangkitkan amarah netizen supaya aku dikecam, tahniah anda berjaya," sambil mennujukan perkara tersebut pada sebuah portal dan tambah Sharnaaz lagi, dia tidak ambil hati kerana mungkin ada pihak yang kebosanan, malah dia juga tidak kisah kepada yang mengecam kerana menganggap mereka dalam keadaan stress.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharnaaz Ahmad
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment