30 March 2020
DANA KHAS, BANTUAN WANG RM3,000 UNTUK ARTIS - NETIZEN BENGANG SENIMAN 'DEMAND'
Semua mengetahui mengenai luahan beberapa artis yang menyuarakan pendapat mereka bahawa golongan penggiat seni juga perlu mendapat bantuan khusus daripada kerajaan kerana 'periuk nasi' mereka terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Isu tersebut hangat diperkatakan sejak minggu lalu.
Susulan itu, baru-baru ini Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah menyenaraikan beberapa bantuan secara 'one off' yang ingin diminta daripada pihak kerajaan buat penggiat seni. Menerusi cadangan itu, Seniman meminta pelbagai dana khas dan bantuan bernilai sehingga RM3,000. Malah, bagi penggiat seni yang tiada KWSP dicadangkan untuk mendapat RM1000 sebulan untuk tempoh 6 bulan.
Perkara itu ternyata mengejutkan netizen yang menyifatkan permintaan itu sangat tidak masuk akal. Malah ada yang mengatakan bantuan yang diminta seperti melebih-lebih mengalahkan mereka yang bertugas di barisan hadapan.
Kata netizen lagi, apa pengorbanan dilakukan para artis sehingga perlu meminta bermacam dana khas, sedangkan pegawai perubatan yang kini bertungkus lumus serta pertaruhkan nyawa untuk COVID-19 tiada langsung meminta apa-apa.
Tidak kurang juga ada yang membandingkan artis Malaysia dengan artis luar negara yang tidak langsung meminta sebaliknya memberikan bantuan buat rakyat mereka yang lebih memerlukan.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Rotikaya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment