30 March 2020
ZARINA 'BANTAI' FIZO: "TANPA SOKONGAN, KAU MASIH MAMAT KAMPUNG... PEMINAT SUSAH, INI KAU REPAY..."
Isu rayuan supaya kerajaan tidak meminggirkan pekerja industri kreatif nampaknya makin berlarutan apabila berlaku perbalahan pendapat dalam kalangan selebriti. Terbaharu reaksi pelakon Fizo Omar terhadap video teguran Zarina Anjoulie tentang gaya hidup mewah golongan artis mengundang kemarahan aktres kontroversi itu: "Kesian pula aku tengok dia ni," demikian tulis Fizo pada ruangan komen di Instagram.
Komen ringkas Fizo itu kemudiannya dibalas Zarina dalam nada kasar: "Kesian kat diri kau menumpang harta bini dulu dan cerai, miskin balik lepas itu menagih followers YouTube. Jadi, kesian kat diri kau," kata Zarina.
Susulan itu ruangan komen pada posting berkenaan terus menjadi sasaran netizen yang rata-rata menyokong tindakan Zarina menegur semula pelakon drama 'Maaf Tak Indah' itu. Sebelum ini menerusi video Zarina yang tular pada Sabtu, dia menegur sikap segelintir artis yang gemar menayang kemewahan namun hakikatnya tiada perancangan masa depan.
Tegas Zarina artis tidak seharusnya merayu bantuan khusus untuk mereka, sebaliknya berkata inisiatif yang diperkenalkan kerajaan untuk rakyat secara keseluruhan sudah memadai. Teguran itu dibuat berikutan luahan penyanyi Black Hanifah dan Tomok yang meminta kerajaan agar tidak melupakan golongan pekerja seni.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Zarina turut memuatnaik video meminta Fizo untuk menghargai peminat dan netizen yang selama ini menyokongnya sehingga menjadi seorang pelakon terkenal. Malah, Zarina juga ada menasihati golongan selebriti untuk sentiasa berpijak di bumi yang nyata kerana populariti mereka itu hasil daripada sokongan masyarakat.
"Fizo Omar, tolong sedar diri. Sebelum kau ada apa-apa, muka buruk saja. Tanpa masyarakat, rakyat yang membantu dan beri kau sokongan, kau masih mamat kampung. Ingat masa hari raya bini kau jual tudung sampai habis, masyarakat dan peminat juga yang beli.
"Apabila netizen dan peminat tengah susah, macam ini kau repay them back. Really? Sama macam artis-artis lain yang kata 'oh tak bersyukur ke tak kenang budi selama ini kita dah hiburkan kau'.
"Lagi satu aku nak cakap, kalau tanpa peminat semua ini, korang masih merempat dekat kampung bawa motor buruk. Sedar diri masing-masing. Ini maksud aku yang korang semua suka ambil kesempatan apabila waktu nak bisnes dan promosi barang pandai panggil peminat dan netizen suruh support," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fizo Omar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment