30 March 2020

PUNYAI SIMPANAN TAPI MAKIN BERKURANG - SYAFIE RANCANG BERNIAGA SAMBAL


Sejak segala aktiviti lakonan terpaksa diberhentikan buat sementara waktu, pelakon Syafie Naswip mengakui pendapatannya terjejas teruk. Tambah Syafie, dia mempunyai simpanan tetapi dalam keadaan sekarang, simpanan juga makin lama semakin berkurang.





"Saya tidak mahu komen tentang apa yang berlaku antara segelintir artis dan netizen sekarang ini, minta maaf. Apa yang saya boleh katakan, pelakon seperti saya pastinya terjejas pendapatan kerana tidak dapat bekerja. Ada kerja, ada gaji, tak ada kerja, tak ada gaji," kata Syafie.

"Sebenarnya soal simpanan ni memang dah lama ada. Mungkin ramai yang tidak tahu, ada ketikanya sebagai pelakon, kita tidak punya kerja mungkin selama sebulan dua. Jadi duit simpanan itulah saya gunakan untuk perbelanjaan harian dan membayar apa yang patut. Tapi keadaan sekarang agak berlainan," kata Syafie.

Tambah Syafie lagi, ketika masa lapang dan tiada panggilan untuk berlakon, dia pernah menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual jeruk buah-buahan yang dipanggil MaBoi: "Tapi ketika itu senang untuk saya ke sana ke mari membuat penghantaran kerana tiada sekatan pergerakan terhad seperti sekarang.

Klik untuk gambar besar


"Sekarang ni saya cuba untuk membuat perniagaan kecil-kecilan menjual sambal belacan goreng resepi turun temurun, tetapi bimbang dengan proses penghantaran," ujar pelakon filem Mukhsin, Talentime dan juga Songlap itu.

Beritahu Syafie lagi, mungkin buat sementara waktu dia akan membuat penghantaran sekitar kawasan tempat tinggalnya sahaja dan cuba mendapatkan syarikat yang membuat penghantaran untuk memudahkan lagi proses perniagaannya: "Insya-Allah, rezeki ada di mana-mana.

"Saya akan cuba ikhtiarkan sebaik mungkin kerana sebagai anak, saya ada tanggungjawab kepada ibu bapa saya juga. Bantuan kerajaan, saya tak mahu komen apa-apa. Bukan tempat saya untuk memberikan komen," kata Syafie enggan menjawab bila ditanya tentang bantuan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Syafie yang sememangnya gemar dan pandai memasak ingin berkongsi resepi turun temurun tersebut sambil menjana sedikit pendapatan ketika 'bercuti' daripada lakonan ketika ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Syafie Naswip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: