12 March 2020

BAPA BAKAL DIBEDAH BUANG BATU KARANG - AIN SUFIA RISAU COVID-19, MOHON DOA


Pelawak dan pelakon Ain Sufia, 33, menerusi laman Instagram miliknya telah memaklumkan kesihatan bapanya kini tidak berapa baik apabila terpaksa dikejarkan ke Hospital Serdang dari Hospital Seremban dengan menaiki ambulance bagi menjalani prosedur pembedahan membuang batu karang di kedua-dua belah buah pinggangnya.





Masalah tersebut secara langsung turut menyebabkan bahagian belah kiri buah pinggang bapanya membengkak. Menurut Ain, bapanya turut mempunyai penyanyi kencing manis: "Assalamualaikum. Umi Abah saya dah gerak drpd Hospital Seremban ke Hospital Serdang dengan ambulance utk pembedahan buang batu karang di kedua2 buah pinggang.

"Bukan ada 1 je batu karang tu tapi banyak dlm buah pinggang dan sebelah kiri agak besar sehinggakan buah pinggang sblh kiri bengkak. Buah pinggang tak dapat menapis dgn baik sebab terhalang dek batu karang. Abah jugak ada kencing manis dan kini dah insulin.

"Saya mohon semua mendoakan urusan pembedahan Abah berjalan lancar dan dipermudahkan. Doakan selamat perjalanan pergi dan balik kedua orang tua saya. Selepas selesai pembedahan abah akan dibawa semula ke Hospital Seremban. Saya tak boleh nak pergi sebab bawak baby," tulis ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Klik untuk gambar besar


Ain turut menjelaskan dia juga rasa risau dengan penularan wabak coronavirus yang sedang melanda ketika ini dan mendoakan agar semuanya berada dalam keadaan baik: "Ada tambahan yg merisaukan saya lagi sebab dah ada penularan #covid19 Di Seremban dan pastinya dia dikuarantin di Hospital Seremban HTTJ!

"Semoga Allah lindungi kedua ibu bapaku dan semua yg ada hospital drpd wabak penyakit, penyakit berjangkit. Rasulullah pernah bersabda ; "Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya".

"Jadi apa lah pilihan yg kita ada. Sama2 kita doa. Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari penyakit belang, gila, kusta dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya," kata Ain yang merupakan anggota kumpulan Awok dan pernah menyertai program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak pada 2014 serta Projek Komedi Warna pada 2015.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ain Sufia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: