12 March 2020
"SERONOK KO JE KAN..!! TAK SEDAP PUN..." - BONDA MINTA ALIFF SYUKRI BERHENTI MENYANYI
"Geram dah x sabar. Letih sesak dada Mak dah, xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt.. sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! "..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri.. Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko.
"Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak.. ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial.. Maaf ya kri.. tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org 'tak reti ajak anak'' Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat
"Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat, berbuih mulut dah, sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak.. Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri, sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2.. seronok ko je kan..!!
"Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke " Mak dn kami kena bahananya " Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 " kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak" lepas tu buat lagi"
"KRI sgt baik dgn Mak suka gurau, jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam, umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak, Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!," demikian tulis Rozita Ibrahim, bonda kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri pada sebuah video.
Nama Datuk Seri Aliff Syukri tidak pernah lekang dengan kontroversi, namun dia tidak serik dikecam dan dilabelkan sebagai seorang 'attention seeker'. Padanya, mungkin ia sebagai satu strategi untuk membuatkan namanya terus popular dan secara tidak langsung melariskan lagi produknya.
Klik untuk gambar besar
Sudah lama berdiam diri apabila anaknya melakukan pelbagai perkara yang hanya membangkitkan kemarahan ramai, baru-baru ini bonda Aliff tampil membuat teguran secara terbuka buat Aliff menerusi akaun Instagram.
Agak sebak apabila Rozita berkata "kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak, keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak". Betapa sedihnya hati seorang ibu apabila anaknya berkelakuan tidak sepatutnya sehingga ada melabelkannya tidak pandai jaga anak.
Dia berasa kesal Aliff terus mencetuskan kontroversi dan terbaru memuatnaik video tangisan 'darah' bagi mempromosikan single terbarunya berjudul 'Ingin Bahagia'. Harapannya cuma satu, Rozita mahu anaknya berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga.
Rozita membuat pengakuan terbuka melalui media sosial mengenai apa yang didakwa kedegilan anaknya berubah. Rozita mahu anaknya berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga. Membuka kata dengan mengulas mengenai single terbaru anaknya itu, Rozita yang memiliki tujuh cahaya mata, meminta Aliff menumpukan perhatian kepada perniagaan kerana tidak berbakat sebagai penyanyi.
Dalam video berdurasi dua minit 29 saat yang dimuatnaik di laman Instagram, Rozita terlebih dahulu memohon maaf kepada Aliff kerana terpaksa berkongsi rakaman berkenaan. Rozita mendakwa tidak tahu apa lagi ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyedarkan Aliff.
Dakwanya, dia sudah menggunakan pelbagai cara iaitu iaitu menegur baik-baik, marah, menjerit dan menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp. Namun, tambah Rozita, nasihatnya tidak diendahkan Aliff. Rozita berkata, dia sudah tidak sanggup menanggung malu atas sikap anaknya itu. Malah, dia tidak rela dilabel tidak pandai menjaga anak.
"Sebenarnya, apa yang kita buat, itu yang kita dapat. Dengar baik-baik Syukri, sudahlah lagu tu... Mak bukan niat nak menjatuhkan kau tapi sebab mak sayang. Dah tak tahu nak komen macam mana lagi dah. Bukan mak tak nak nasihat, mak dah gagap dah. Kalau kau nak mak panjang umur, kau nak mak hidup aman, tolonglah jadi profesional.
"Bukan lagi menyanyi, sebab Syukri bukan artis dan tak perlu pun hendak menunjukkan benda merapu-rapu, sesuai dengan umur dan lagi satu, mak pesan tolonglah kasihan maruah kami semua. Tak payahlah berlagu-lagu Syukri. Semua orang tahu suara engkau tu tak sedap. Tak sedap pun, tak payah berlagu-lagu.
"Buruk anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku. Orang cakap mak yang tak pandai jaga anak.Mak bukan tak ajar, tak ada mak yang nak anak dia musnah... Tak ada. Mak rasa mak dah tarbiah kau dengan cara paling lembut, jagalah maruah kerana kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak. Keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak.
"Kalau betul engkau, mak tak didik dulu, kenapa tak semua adik-beradik tak ikut macam itu? Bukan mak tak didik, mak dah cakap dah. Sekarang kau buat lagi, lagu menangis. Lagu menangis kau, berdarah-darah tu kenapa?" katanya.
Rozita turut mempersoalkan kenyataan yang sering dibuat Aliff, konon hidupnya menderita. Sedangkan kata wanita itu, kehidupan anaknya serba lengkap: "Apa yang derita sangat? Berapa banyak nikmat yang Allah beri pada kau... Tak nampak ke?
"Nak bagi faham, macam mana kalau engkau cakap buruk - A, B, C dan D, orang cakap bukan untuk niat nak jatuhkan kau. Sebenarnya, memang kau yang pilih jalan jatuh. Sebab apa tau, memang kau suka orang kecam. Masalahnya perangai kau tu, terpalit dekat mak," tuturnya.
Sebelum mengakhiri video berkenaan, Rozita sempat berpesan kepada Aliff supaya menjaga maruah ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak: "Bukan diri sendiri, tetapi, pandang maruah kami semua. Siapa? mak ayah, adik-beradik dan anak-anak kamu, Syukri. Mak sayang kamu. Mak minta maaf banyak-banyak. Mak terpaksa buat komen secara terbuka kerana sampai masa mak bersuara," ujarnya.
Sudah puas menegur secara baik dan kasar, dia tidak tahu apa lagi ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyedarkan Aliff. Rozita berkata, dia sudah tidak sanggup menanggung malu atas sikap anaknya itu. Rata-rata netizen turut merasa sebak mendengar luahan tersebut serta bersimpati dengan nasib Rozita dan memahami perasaan seorang ibu yang hatinya disakiti.
Ibu mana yang tidak sayangkan anak, setiap teguran itu tujuannya adalah demi memastikan anaknya menjadi seorang insan yang lebih baik. Jangan terus membiarkan hati ibu terluka sehingga parah, berubahlah demi kebaikan semua pihak.
www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Berita Harian, Rozita Ibrahim & Instagram Aliff Syukri
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment