28 March 2020

BAYAR DENDA RM17,000 - DIVA AA MENGAKU 'KAYA'


Setakat RM17,000... no hal!

Mungkin itulah yang difikirkan Diva Azwan Ali yang mengakui seorang yang kaya dan mampu menjelaskan denda apabila di kenakan hukuman tersebut oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. Ia susulan pengakuan bersalahnya membuat penghantaran yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19.





Selanjutnya, meskipun teruk dihentam netizen, Azwan sempat membalasnya dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap netizen itu menerusi Twitter.

Untuk makluman, semalam Azwan dituduh memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya sekaligus menjejaskan imej hospital itu dan kredibiliti kakitangan serta pegawai perubatan dalam mengendalikan Covid-19.

Mahkamah turut memerintahkan Azwan, 54 tahun, menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar jumlah denda tersebut.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: