14 March 2020

CHE MAT & AMIR RAJA LAWAK MOHON SEMUA HULUR BANTUAN BUAT JIBOB


Bekas peserta Raja Lawak 5, Jibob, 33, kini masih dalam keadaan separuh sedar selepas seminggu menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian kepala di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Situasi terkini kesihatan Jibob itu mengundang simpati Che Mat, rakannya dalam kumpulan OnXOn yang menyertai Maharaja Lawak Mega 2019 serta Amir Raja Lawak yang menghasilkan video khas bagi memohon bantuan berupa sumbangan wang ringgit buat Jibob.





Sebelum ini, Jibob atau nama sebenarnya Mohd Hamizi Hashim terjatuh dalam bilik air di rumahnya akibat angin ahmar sekitar jam 1 pagi pada 5 Mac lalu dan disahkan mengalami pendarahan dalam otak. Dia kemudian dibawa ke Hospital Serdang dan dipindahkan ke HKL untuk pembedahan.

"Kami sahabat-sahabat Gbob @jibob_official dengan rendah hati ingin memohon bantuan sumbangan dari anda semua. Kami sangat sedih melihat keadaannya sekarang," tuturnya.

Menurut mereka, walaupun belum sedar sepenuhnya, Gbob dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital dalam beberapa hari dan perlu menjalani rawatan di rumah: "Banyak kos diperlukan nanti. Untuk susu sahaja, dia perlukan RM50 sehari dan ia tak termasuk kos-kos lain lagi.

"Banyak lagi benda nak kena disediakan seperti katil, susu, pengangkutan, mandian dan lain-lain lagi. Insya-Allah katil dan pengangkutan kami dah ikhtiar cara untuk dapatkan, cuma kos-kos lain kami masih perlukan sumbangan wang daripada anda semua," kata mereka.

Klik untuk gambar besar


Che Mat dan Amir juga merayu supaya semua pihak menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga Jibob. Sementara itu isterinya, Siti Aisyah Wahiddin, 38, menerusi perkongsian di Facebook Ct Chah berkata, kejadian yang berlaku adalah sesuatu yang mengejut dalam keluarga mereka.

"Suami saya kena strok pendarahan dan masih dalam keadaab separuh sedar di hospital. Dalam masa terdekat ini mungkin suami saya perlu discaj dan penjagaannya diteruskan di rumah. Oleh kerana kurang pengetahuan dalam bidang perubatan ini, saya memohon pendapat dan tunjuk ajar daripada anda yang mungkin berpengalaman.

"Sudi kiranya berkongsi bagaimana saya ingin mendapatkan bantuan kelengkapan hospital seperti tilam angin, kerusi roda, katil pesakit, mesin sedut kahak dan segala yang diperlukan oleh pesakit strok. Saya memang tak tahu dan benar-benar mengharapkan bantuan anda semua yang sudi," tulisnya.

Siti Aisyah sebelum ini memberitahu, anak mereka Nur Humairah, 2, amat merindui bapanya dan sering bertanya dimanakah dia. Dalam kerjayanya, Jibob pernah membintang filem 'Halim Munan', 'Strawberi Cinta' dan 'Operasi X' serta pelbagai drama antaranya 'Nasi Minyak Kuah Cinta' dan 'Bila Hati Berbisik'.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Jibob


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: