14 March 2020

DAKWAAN BERGADUH DI KELAB MALAM - TIZ ZAQYAH ENGGAN KOMEN


Baru-baru ini kecoh apabila ada dakwaan mengatakan pelakon Tiz Zaqyah bergaduh di kelab malam. Tidak pasti adakah benar dakwaan tersebut, tular satu video di laman Twitter dimana seorang individu mendakwa pelakon itu membuat kecoh serta memukul seorang gadis yang bekerja di pusat hiburan berkenaan.





Laman Twitter dengan nama Tiz Zaqyah kecoh selepas netizen memberikan pandangan berbeza berhubung seorang pelakon wanita terlibat dalam satu insiden pergaduhan di sebuah pusat hiburan pada malam Khamis.

Menerusi satu rakaman video yang tersebar itu, terdapat satu kumpulan pihak membuat tuduhan dengan mendakwa Tiz telah mencetuskan provokasi yang mengundang pergaduhan. Melihat pada video tersebar itu, pihak berkenaan mendakwa pelakon drama 'Sara Sajeeda' tersebut berada di sebuah pusat hiburan bersama seorang lagi rakannya yang juga seorang aktres tidak dikenali.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 32, ketika dihubungi mStar enggan memberi sebarang komen berkenaan perkara itu: "Minta maaf, tiada komen," kata Tiz dalam satu kiriman mesej kepada mStar pada Jumaat.

Sehingga kini, rata-rata netizen di laman Twitter lebih menyokong tindakan Tiz biarpun mereka tidak mengetahui kisah sebenar. Dalam pada itu, menurut sumber yang turut berada di tempat kejadian, tiada sebarang aksi pukul-memukul antara mereka sebaliknya hanya perang mulut dipercayai antara pelakon itu dengan individu berkenaan: "Saya tak pasti macam mana pergaduhan itu bermula. Tapi tak ada la sampai mereka bertumbuk atau pukul satu sama lain," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Rotikaya, Beautifulnara & Tq Zaqyah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: