14 March 2020

LAUDYA & ENGKU EMRAN SUDAH TAK SEBUMBUNG?


Selepas tindakan memadam semua foto bersama sehingga hangat diperkatakan, terkini timbul pula spekulasi mengatakan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran sudah tidak tinggal sebumbung.





Menerusi laporan media Indonesia, ada pihak mengatakan Laudya telah kembali menetap di Jakarta sementara Emran tinggal di Kuala Lumpur. Berdasarkan pemerhatian Gempak sebelum ini, Laudya telah memadam semua foto bersama suaminya itu di laman Instagram.

Pada masa yang sama, Emran masih tidak memadam foto bersama Laudya di laman sosial berkenaan. Bagaimanapun, pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai khabar angin tersebut setakat ini.

Terdahulu, Emran dan Laudya mendirikan rumah tangga pada September 2017. Sebelum itu, Emran pernah menikahi aktres Erra Fazira pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya pada 30 Mac 2009.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: