14 March 2020

"TAK PAYAH SOLAT JUMAAT...? MACAM TU PEJABAT, SEKOLAH TAK PAYAH PERGI" - RITA


"Mmm... Macam tak kena ja, tak payah pergi solat Jumaat, Zohor kat rumah? Kalau macam tu pejabat tak payah pergi, kerja kat rumah saja. Sekolah tak payah pergi, sekolah kat rumah saja. Macam mana? Jangan takut pergi masjid kan tempat selamat.





"Lepas solat Jumaat ramai-ramai tu buat solat hajat pula, doa ramai-ramai. Solat Jumaat kan lebih baik... mmm, entahlah. Mufti Perlis lebih 'arif' kan?" demikian soal pelakon Rita Rudaini menerusi akaun Instagramnya.

Rita tampil membangkitkan isu berkaitan pembatalan mendirikan solat Jumaat di masjid di Perlis hari ini. Soal Rita, keputusan itu seperti tidak relevan apabila sebaliknya digantikan dengan solat zohor di kediaman masing-masing.

Klik untuk gambar besar


Solat Jumaat di seluruh negeri Perlis dibatalkan dan digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing selepas mengambil kira situasi semasa akan COVID-19. Perkara itu diputuskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Negeri Perlis (MAIPs) menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Ia diputuskan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Selain Perlis, perintah sama turut dilaksanakan di negara jiran, Singapura. Sementara itu, ruangan komen Instagram pelakon Mami Jarum itu dihujani pendapat daripada netizen yang menyokong dan mengecam pandangan Rita.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: