14 March 2020
SHIERA TAK MAHU MENGAKU BERTUDUNG SEBAB MASIH TERKINJA-KINJA
Pelakon, pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera baru-baru ini telah tampil dengan imej berhijab dan ramai peminat memuji penampilannya. Shiera, 45, bagaimanapun berkata dia enggan membuat pengakuan sudah mengenakan tudung sepenuhnya kerana masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari sebelum membuat keputusan itu.
"Saya akui ada yang puji saya bertudung tapi saya tak mahu mengaku yang saya dah pakai tudung... lepas balik umrah kita cuba perlahan-lahan dekatkan diri dengan agama tapi tak perlulah nak kata dah pakai tudung.
"Sebabnya kita pun masih terkinja-kinja atas pentas, malu nak cakap pakai tudung nanti orang kata perangai masih tak senonoh. Lagi pun banyak tudung di rumah kita pakai sajalah, benda ada buat apa nak simpan. Alhamdulillah, keluarga dan kawan-kawan pun doakan yang baik-baik, saya cuba perlahan-lahan," katanya.
Klik untuk gambar besar
Sering memuat naik kisah harian keluarga di laman Instagram, Shiera memberitahu ada peminat mencadangkannya mewujudkan akaun Youtube. Namun dia mengakui kesibukan kerja dan menguruskan keluarga membataskannya untuk memiliki akaun peribadi di laman tersebut.
"Ada yang cadangkan saya buka Youtube dan kongsi kehidupan peribadi setiap minit sebab kelakar... tapi tak sempat lagi! Saya ni sebenarnya suka berlakon cerita-cerita lawak dan sitkom tapi tak ada tawaran, jadi share sajalah kehidupan lawak di media sosial. Sekarang ini pun banyak masa dengan anak, nak keluar sangat pun tak berapa suka sebab nak kena bawa anak, jadi kita habiskan masa bersama mereka di rumah," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Shiera
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment