14 March 2020

RUTIN HARIAN BERUBAH 360 DARJAH..." - ELLA & SUAMI BAHAGIA BERSAMA ANAK ANGKAT


"Alhamdulillah kehidupan kini bertambah bahagia, saya dan suami sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak kami. Rutin harian pun berubah 360 darjah, saya kena tukar semula jadual harian. Kalau dulu shopping untuk diri sendiri, sekarang ni anak menjadi menjadi keutamaan.





"Shanome baru sahaja mencecah usia tiga tahun seorang yang cepat belajar, tapi yang penting perangainya sama seperti saya," kata ratu rock negara, Ella Aminuddin yang kini semakin bahagia dengan kehadiran anak angkat, Shanome Az Zahra, berusia tiga tahun.

Kehadiran Shanome menjadi lembaran kehidupan baharu buat Ella dan suami, Azhar Ghazali. Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 53, berkata kehidupan sehariannya juga berubah sejak mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya sejak setahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Rama-Rama' ini tidak menyatakan maklumat lebih lanjut mengenai anak perempuannya itu. Dalam pada itu, Ella turut berkongsi pengalaman menguruskan anak kecil buat pertama kali sehingga ada yang membuatkan dirinya menangis.

"Tipulah kalau tak berhadapan dengan situasi sukar menguruskan anak kecil, dulu saya jadi risau nak uruskan terutama nak tukar lampinnya. Takut terkasar boleh menyebabkan terluka. Saya juga panik apabila dia mula menangis kerana tak tahu apa yang dia mahukan sampaikan saya sendiri pun turut menangis sekali," ujar Ella yang mendirikan rumah tangga dengan Azhar pada Julai 2012, namun belum dikurniakan cahaya mata.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: