22 March 2020

DJ MUAZ KOOL FM, KEHILANGAN BAPA SAUDARA AKIBAT COVID-19


"Benda yang saya paling takut, terjadi jugak, Pak uda saya, iaitu Idris b Atan, telah pergi selamanya, kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak, Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris n lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini.





"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AlFatihah," demikian kongsi penyampai radio Kool FM, Muaz Mohamed mengenai bapa saudaranya iaitu Allahyarham Idris Atan yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19, jam 3.22 petang semalam.

Untuk makluman, Allahyarham Idris merupakan antara empat mangsa yang disahkan meninggal dunia semalam, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat ini kepada lapan kematian.

Al-Fatihah!

Klik untuk gambar besar



Foto: Muaz IG

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: