22 March 2020

SAKINAH LEGA ANAK NEGATIF COVID-19: "THERE'S 70% OF PROBABILITY SHE COULD INFECTED..."


Pelakon Sharifah Sakinah telah berdepan detik cemas apabila anaknya, Anais Adha mengalami tanda-tanda dijangkiti virus Covid- 19. Tambahan pula ketika kejadian, suami Sakinah tiada di sisi kerana perlu bertugas. Situasi paling mencemaskan apabila usaha Sakinah membawa anak perempuan untuk dirawat ke beberapa pusat perubatan swasta tidak berjaya apabila bimbang dia dijangkiti Covid-19.





Sakinah berkata, anaknya itu menunjukkan tanda-tanda hampir 70 peratus dijangkiti wabak terbabit membuatkan pihak hospital tidak mahu mengambil risiko. Bagaimanapun, Sakinah bersyukur apabila ujian yang dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta mendapati anaknya itu negatif virus terbabit.

Berkongsi sekeping gambar pada entri di Instagram miliknya, Sakinah yang berkahwin dengan Alif Adha pada tahun 2015 sebelum dikurniakan seorang cahaya mata pada 2017 itu turut berpesan kepada pengikutnya supaya duduk di rumah dan tidak perlu melakukan aktiviti luar buat masa ini.

Klik untuk gambar besar


"DUDUK RUMAH! Jogging kat taman pun tak perlu. Aku pun nak jogging . This is me in Thompson Hospital 2 hari lepas ago. Anais had sore throat, dry cough and got fever. Brought her to few private hospital around KL but they all don't want to take her case.

"There's 70% of probability she could infected by Covid-19 due to her symptoms and her daddy has been flying. So we went to Thompson Hospital and did the screening and swab and everything. Yesterdqy we received the result. Alhamdulillah negative," kata Sakinah tanda bersyukur.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Harian Metro & Chef Wan Instagram


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: