22 March 2020

TIADA SIMPTOM, ANAK SAUDARA 7 BULAN POSITIF COVID-19 - NEELOFA MOHON DOA


Pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa baru-baru ini telah berkongsi berita sedih di laman Instagram apabila anak kepada sepupunya yang baru mencecah usia tujuh bulan iaitu Noor Sameera Mohd Nazlee disahkan positif Covid-19. Melihat pada Instastory, Neelofa memuatnaik paparan skrin perbualan mereka dalam satu group keluarga di aplikasi Whatsapp.





Justeru itu, bekas pengacara program MeleTOP ini meminta pengikutnya mendoakan kesihatan Noor Samera: "Kalau ada yang nak tolong doakan... selalu berdoa... doakan sekali anak kepada sepupu saya Miss Noor Cahaya. Allahuakbar tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu apabila mendapat berita macam ini," katanya.

Dalam perkongsian yang lain pula, Neelofa turut mengingatkan pengikutnya supaya kekal berada di rumah dan bersama-sama membantu membendung penyebaran Covid-19 ini. Ujarnya, saat-saat getir begini bukanlah waktu yang sesuai untuk masyarakat berbalah di media sosial dan terus mengikuti arahan kerajaan.

"Teruskan fokus, duduk rumah, jaga diri dan bersama kita memerangi bersama dan bukan bergaduh antara satu sama lain. Apa kata rakyat Malaysia berpuasa sekejap untuk hentam-menghentam, cari salah orang dan post di media sosial. Tak mungkin dengan masa sekarang ini usaha yang ramai cuba kongsikan adalah untuk memudaratkan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Neelofa berkata, ujian yang menimpa sepupunya, bukan mudah: "Saya harap sepupu saya kuat daripada segi mental dan emosi untuk berhadapan ujian ini. Bukan mudah untuk duduk berasingan dengan bayinya itu dan seorang lagi anaknya.

"Sudah tentu dia risau mengenai anak-anak. Tiada apa yang kita boleh buat selain berdoa. Berdoalah agar bayi ini sihat. Saya harap semua ini akan berakhir, tidak lama lagi," tutur Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor.

Neelofa menjelaskan, bayi berkenaan dipercayai dijangkiti virus terbabit daripada ahli keluarga suami sepupunya yang pulang dari luar negara: "Sepupu saya menetap di Brunei bersama keluarga suami. Salah seorang ahli keluarga baru pulang dari luar negara.

"Mengikut cerita, dalam pesawat, ada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikatakan positif COVID-19. Apabila pulang ke rumah, virus itu dikatakan berjangkit pada bayi ini. Namun, ujian terhadap ahli keluarga yang lain semuanya menunjukkan keputusan negatif termasuk sepupu saya," jelasnya.



Berikutan itu, tambah Neelofa, sepupunya perlu diasingkan dengan anak-anak serta suami selama dua minggu: "Doktor beritahu potensi sepupu saya dijangkiti virus itu sangat tinggi. Ini kerana dia bersama dengan anaknya setiap masa," ujarnya.

Sepupu Neelofa mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia empat tahun. Melalui perkongsian di Instagram, Neelofa tidak dapat membayangkan bagaimana seorang ibu seperti sepupunya menerima berita mengejutkan itu.

Sementara iru, sepupu Neelofa, Noor Cahaya ada meluahkan rasa terhadap situasi yang berlaku terhadap anaknya yang telah disahkan positif COVID-19. Kanak-kanak comel itu menjadi pesakit paling muda positif COVID-19 setakat ini, sebagaimana yang dikongsi ibunya menerusi satu entri Instgram yang dikemas kini.



Sambil menyatakan rasa sayang dan sentiasa bersama-sama permata hatinya itu, Cahaya turut menjelaskan Sameera bagaimanapun tidak alami sebarang simptom: "Oh my heart I'm sorry baby you have to go thru this, I'm sorry I couldn't protect you enough... we will fight this together sayang... mummy will always be here for you..

"Sameera is the youngest POSITIVE COVID-19 in BRUNEI.. No symptoms no fever no cough.. she's perfectly healthy.. unfortunately she got it from one of my in-laws that just got back from abroad...," tulisnya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut memohon individu yang ada mengunjungi negara luar supaya menjarakkan diri dengan ahli keluarga selain melakukan ujian saringan: "Dear followers anyone or whoever is still out there traveling roaming around please stay home and whoever just arrived home from overseas please please DO NOT TOUCH UR FAMILY AND DO THE TEST!

"U will never know u might not hAve the symptoms but u can be the carrier.! Be safe everyone! and stay home. Please keep my baby girl and my family in your Doa," pohon Cahaya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan, Instagram Noor Cahaya & Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: