26 March 2020

FITRI HARIS DEDAH ISTERI KEGUGURAN JANUARI LALU: "DOAKAN MOGA KAMI DIBERI REZEKI..."


Penyanyi nasyid, Fitri Haris memaklumkan hasrat untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila isterinya keguguran, Januari lalu. Biarpun sedih, penyanyi 'Suara Azam' ini reda dengan ketentuan Ilahi. Fitri menyifatkan rezeki masih belum berpihak kepada mereka.





"Apabila dimaklumkan isteri saya hamil, saya sangat teruja. Tidak sabar mahu memiliki bayi kerana anak saya daripada perkahwinan lalu sudah berusia 16 tahun. Tetapi hendak buat macam mana, tiada rezeki apabila isteri mengalami keguguran, Januari lalu.

"Cuma saya tidak berkongsi berita itu dalam media sosial. Doakan moga kami diberi rezeki pada masa hadapan," tutur Fitri yang sebelum ini mengumumkan dia bernikah dengan pengurusnya, Fazilah Omar, Disember lalu, namun merahsiakan tarikh sebenar dan lokasi majlis pernikahan itu.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, penyanyi berusia 35 tahun ini akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga terpaksa menunda banyak projek termasuk Konsert This Is Nasyid: "Sepatutnya, pada 12 April ini, saya tampil pada konsert bersama beberapa penyanyi nasyid di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Namun, apabila PKP bermula, projek itu terpaksa ditangguhkan.

"Selain itu, ada persembahan nyanyian dan ceramah yang terpaksa ditunda. Bukan batal kerana ada antara projek itu, saya sudah mengambil deposit atau bayaran pendahuluan. Jadi, saya perlu tunggu semua berakhir barulah tarikh baharu dipilih," kata bekas juara program Gema Gegar Vaganza musim kedua ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Fitri Haris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: