26 March 2020

DITEGUR NAMPAK PERUT KETIKA MENARI TIKTOK - INI RESPON SHALMA ELIANA


Penyanyi Shalma Eliana, 20, menerusi laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini telah berkongsi sebuah video yang telah mengundang teguran netizen. Semuanya gara-gara rakaman video dirinya menari TikTok dan Eliana menyarungkan baju yang menampakkan bahagian perutnya: "Walked in the house. Haha saya rasa menari adalah hobi terbaru saya sekarang lol," tulisnya sebagai kapsyen.





Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan komen berbaur teguran kerana menyifatkan imej Eliana tidak manis dipandang orang ramai. Namun, terdapat komen yang menjadi perhatian Eliana sehingga membuatkannya memberikan respon: "Baik tak payah pakai baju," tulis seorang netizen. Eliana tidak berdiam diri malah terus menjawab: "Awak pasti?" balasnya.

Namun terdapat juga yang memuji bentuk badan Eliana yang menjadi idaman golongan wanita. Eliana merupakan teman rapat kepada penyanyi, Ismail Izzani dan keakraban mereka terserlah apabila kedua-duanya sering memuatnaik foto bersama di IG.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Shalma Eliana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: