26 March 2020

ISU PERLEKEHKAN HOSPITAL PUTRAJAYA - AZWAN ALI TAMPIL MOHON MAAF


"Saya Azwan Ali nak memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan mulut Diva AA, nak buat macam mana dah memang macam tu! Saya mohon maaf secara terbuka kepada Hospital Putrajaya, para doktor dan pengurusan kerana content perutusan khas Diva AA bahagian tiga menjadi panas dan mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak-pihak tertekan dan diganggu emosi sebagainya.





"Kita ni kadang-kadang tak jaga mulut... bahasa, mungkin ada yang suka Diva AA mulut celupar maki hamun sana sini tapi ada juga pihak yang tersinggung. Kalau salah kita minta maaf jela," kata selebriti serba boleh, Azwan Ali yang membuat permohonan maaf menerusi rakaman video yang dimuatnaik di laman Twitter pada malam Rabu.

Susulan laporan polis berhubung perbuatannya menghina kakitangan perubatan Hospital Putrajaya, Azwan akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka. Menurut Azwan atau lebih dikenali Diva AA, dia kesal dengan tindakannya itu dan berharap isu ini dapat diselesaikan segera serta menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Sebelum itu, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video menjejaskan imej dan kredibiliti pegawai perubatan dalam mengendalikan kes Covid-19 di Balai Polis Presint 7, Putrajaya. Laporan polis itu dibuat susulan video yang ditularkan oleh dua selebriti tanah air.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Azwan berharap pihak Hospital Putrajaya bersikap terbuka menerima permohonan maaf itu dan berjanji untuk menjamu rendang istimewa untuk pasukan perubatan hospital berkenaan: "Semestinya Diva AA mengutip setiap hikmah yang berlaku di sebalik kejadian tidak disangka ini, sekali lagi mohon maaf kepada pengurusan Hospital Putrajaya... buang yang keruh dan ambil yang jernih.

"Dah nak dekat puasa dan raya ini kalau ada rezeki Diva AA masakkan rendang Chef Diva AA dan sedekahkan kepada pengurusan yang tersinggung dengan kata-kata Diva AA. Mohon maaf, kita ni hidup tak lama jadi di atas dunia ini jangan bagi orang dendam kepada kita!

"Harap Hospital Putrajaya bersikap terbuka dan menerima permohonan maaf ini! Kadang-kadang ada isu sedikit sensitif, Diva AA faham... semoga ini akan menjadi pengajaran kepada semua supaya lebih berhati-hati sebelum berkata," ujarnya.

Sebelum ini penyanyi senior Dayangku Intan berkongsi pengalamannya ketika berada di Hospital Putrajaya. Video berkenaan kemudiannya dikongsikan semula oleh pengacara Azwan Ali di Twitter yang dikatakan memburukkan pengurusan Hospital Putrajaya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Azwan Ali


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: