26 March 2020

AKUI PERNAH BERKAHWIN, 6 BULAN BERCERAI - ISTERI TEGAR TAK KISAH KECAMAN


"Ya, pernah berkahwin tetapi hanya bertahan selama enam bulan. Tapi saya tak ambil kisah dengan kecaman orang yang menggelarkan saya janda," demikian kata isteri kepada penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheika yang mengakui dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga namun hanya bertahan selama enam bulan.





Menerusi laporan Liputan6, Sarah memberitahu dia tidak kisah dengan tanggapan dan kecaman netizen terhadapnya. Sarah berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu jemputan di program bual bicara, 'Rumpi No Secret' baru-baru ini. Sebelum ini, Tegar yang pernah mencipta nama menerusi lagu 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' mendedahkan sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Sarah Sheilka.

Dalam pada itu, biarpun isterinya merupakan seorang janda namun Tegar tetap memilihnya untuk dijadikan pasangan hidup: "Mungkin sudah jodoh. Pada mulanya saya memang terkejut sebab saya ingat ia hanya penipuan tetapi rupa-rupanya betul," katanya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Tegar Septian & Sarah Sheika


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: