26 March 2020

TEMURAMAH DATUK LEE CHONG WEI - HAIRUL AZREEN DIKECAM TAK 'STUDY'


Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Hairul Azreen telah memuatnaik video dimana dia mengadakan sesi Live bersama bekas jaguh badminton Negara, Datuk Wira Lee Chong Wei. Hairul telah menjadi perhatian ramai apabila mendapat peluang tersebut.





Bagaimanapun disebalik sembang santai itu, pertanyaan Hairul menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen apabila suami kepada Hanis Zalikha itu mengajukan soalan "Berapa minggu Encik jadi pemain nombor 1 dunia?"

Seperti sudah dijangka, tindakan Hairul itu sekaligus mengundang kecaman yang menyifatkan pelakon itu seolah tidak mempunyai pengetahuan dalam sukan. Malah, ada yang mengatakan Hairul tidak membuat 'homework' berkenaan latar belakang Lee Chong Wei terlebih dahalu sebelum sesi temubual berkenaan.

Klik untuk gambar besar


Meskipun begitu, Lee Chong Wei sendiri menjawab soalan tersebut tanpa rasa tersinggung atau bertanya kembali soalan tersebut. Rata-rata netizen memuji sikap rendah lagenda badminton itu dan tetap tenang.

Mungkin Hairul rasa gementar apabila mendapat peluang menemuramah pemain lagenda itu. Apa pun diharap selepas ini Hairul buat kajian terlebih dahulu sebelum sesi temubual bimbang menjadi mangsa kecaman netizen.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Hairul Azreen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: