26 March 2020
ELLY ARIFIN DAN JIGGY SAH BERCERAI
"Ya, saya sudah bercerai hujung Januari lalu. Saya perlukan masa untuk berkongsi hal peribadi kepada orang luar.
"Lagipun saya perlu menghormati dan menjaga perasaan kedua-dua belah pihak. Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami terlerai kerana tiada lagi persefahaman," demikian pengakuan pelakon dan pengacara Elly Arifin yang mengakui dia telahpun bercerai dengan suaminya iaitu pelawak Jiggy, pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan punca perceraian tersebut bagi menjaga hati kedua-dua belah pihak.
"Tiada siapa yang minta, lebih-lebih lagi di usia saya yang masih muda. Namun, saya reda dengan apa yang sudah tertulis.
Klik untuk gambar besar
"Walaupun apa yang dilalui ini berat tapi saya perlu kuat untuk teruskan kehidupan ini," ujarnya dipetik sebagai berkata pada media.
Untuk info, sebelum ini timbul desas-desus mengenai keretakan rumah tangga mereka apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di Instagram.
Elly Arifin dan Jiggy mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 selepas bercinta kira-kira tujuh tahun.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment