25 March 2020

"SAYA SEPATUTNYA LEBIH PEKA" - NAIM MOHON MAAF SUNTING FOTO YANG DI-PERTUAN AGONG


"Hari ini saya nak bercakap fasal lagu baru saya dengan Ismail mengenai Covid-19 dan artwork cover lagu yang menggunakan photoshop Agong. Saya tahu ia isu yang sangat sensitif dan sepatutnya saya peka dengan perkara itu. Saya di sini ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak.





"Saya minta maaf sangat atas kesalahan itu. Perkara itu tidak akan berulang lagi. Saya sepatutnya lebih peka," demikian kata penyanyi Naim Daniel menerusi satu video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.

Tindakan penyanyi Naim Daniel menyunting foto Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk teaser lagu terbaharunya bersama Ismail Izzani berjudul Covid-19 mengundang rasa kurang senang netizen.

Klik untuk gambar besar


Menerusi gambar tersebut Naim dan Ismail kelihatan berdiri di sebelah Al-Sultan Abdullah yang sedang duduk sambil memegang sekeping kertas bertulis #StayHome dan #DudukRumah. Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 23, menyedari kesalahannya dan tampil memohon maaf secara terbuka di laman sosial pada Selasa.

Bagaimanapun, penyanyi lagu 'Sumpah' itu telah mengambil langkah memadam perkongsian tersebut sejurus menerima kritikan netizen. Menerusi ruang komen video permohonan maafnya, rata-rata netizen turut berharap Naim tidak mengulangi kesilapan itu.

Lagu Naim dan Ismail itu penuh dengan nasihat kepada orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan sentiasa kekal berada di rumah untuk menangani krisis Covid-19. Apa yang menarik perhatian apabila lagu tersebut turut menyelitkan sedutan 'nasihat' daripada pengacara Azwan Ali yang viral di media sosial baru-baru ini. Video klip lagu tersebut yang dimuatnaik pada Ahad lalu kini sudah mencecah 38,000 tontonan di saluran YouTube.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: