08 March 2020

GARA-GARA COVID-19 - EMMA MAEMBONG & SUAMI TANGGUH BULAN MADU


Baru sahaja selesai mengadakan majlis persandingan, pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar memberitahu yang mereka tidak mahu terkejar-kejar untuk menikmati percutian bulan madu selepas perkahwinan. Ini kerana menurut Shazli, penularan wabak COVID-19 membuatkan dia dan isterinya menangguhkan sebentar bulan madu mereka yang telah dirancang.





"Sekarang semua tengah berjaga-jaga dengan Coronavirus, risau juga. Insya-Allah kami ada plan tapi tak rushing la," kata Shazli ketika ditemui selepas majlis persandingannya dengan Emma yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya pada Sabtu.

Tambah Emma pula, dia akan sibuk dengan penggambaran sejurus selepas resepsi perkahwinan dan menunggu masa yang sesuai untuk percutian bersama suami: "Lusa saya dah masuk set shooting dan saya ada cakap dengan suami untuk rancang bulan madu kita lepas raya. Dia pun faham dan kami pun tak nak terkejar-kejar. Bila masing-masing free je nanti, boleh terus pergi," ujar Emma lagi.

Pada majlis bertemakan warna hitam itu, Emma, 27, dan Syazli, 32, tampak mewah mengenakan busana perkahwinan rekaan pereka Rizman Ruzaini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan selebriti.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: