08 March 2020

"ENTAH BERAPA KALI SAYA PELUK & CIUM IBU... TAKUT KEHILANGAN BAU ITU" - CHEF WAN


Bagi sesiapa yang selalu mengikuti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan di laman Instagram, pasti tahu betapa dia sangat menyayangi ibunya. Selain daripada kisah kerja, entri-entri mengenai ibu tercinta memenuhi ruang Instagram milik Chef Wan dengan pelbagai cerita.





Terbaru, Chef Wan berkongsi beberapa video bersama ibunya seperti yang selalu dikongsi beliau. Menurut Chef Wan, setiap hari tidak terkira jumlah dia mencium dan memeluk kesayangannya itu. Ibu Chef Wan, Noraini Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Che Ani dijaga sepenuh masa oleh Chef Wan.

"Dah tua ini semua mula kering dan gelebeh.. Tak usah kata emak...kita sendiri pun dah mengelebeh! Its the law of gravity! Putih gebu kulit emak ni... Berhutung saya semasa hidup boleh saya jaga makanan minum ibu saya mau pun sapu2 kan cream mositurisor ini for her.

Klik untuk gambar besar


"Satu hari entah berapa kali saya peluk dan cium ibu saya these days. Pagi kena cium... lepas makan kena dakap to put her to bed for a nap mau pun to put her to sleep. I am sure esok bila emak tak ada lagi mesti saya merinduinya amat sangat.

"Each time I kissed her I kept cium dahi dia lama supaya my brain can register bau ibu saya ini. Saya takut kehilangan bau itu. Bila esok Ibu tak ada lagi harap2 saya masih boleh bau ibu saya ini sesekali untuk mengubati rindu saya nanti," tulis Chef Wan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Chef Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: