08 March 2020

BAPA DIJEMPUT ILAHI 4 HARI SEBELUM NIKAH - QODY MENTOR TERKILAN


Pada 5 Mac lalu, naib juara program realiti Mentor Milenia 2016, Qody Rani, 24, telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Nurul Atiqah Mohd Fuad pada 5 Mac lalu. Namun sebaliknya kegembiraan bergelar suami, Qody sedih apabila hari bahagianya tidak dapat disaksikan oleh arwah bapanya.





Difahamkan, bapanya Allahyarham Abdul Rani Awang menghembuskan nafas terakhir pada 1 Mac lalu iaitu empat hari sebelum majlis perkahwinan Qody kerana penyakit paru-paru yang dihidapi sejak hampir 10 tahun lalu.

Qody atau nama sebenarnya, Rossaidi Abdul Rani yang juga naib juara Mentor Milenia 2016 sah menjadi suami kepada Nurul Atiqah Mohd Fuad di Langkawi pada Khamis lalu: "Saya terlalu sedih kerana arwah bapa tiada bersama pada hari pernikahan. Apakan daya, Allah SWT lebih menyayanginya.

"Arwah menderita penyakit paru paru sejak sedekad lalu, cuma kesihatannya makin merosot, sejak akhir-akhir ini Bapa menghembuskan nafas terakhir di sisi ibu tiri pada usia 69 tahun. Saya reda dengan pemergiannya," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi yang popular dengan lagu 'Dia' itu berkata, dia agak terkilan tidak dapat menjaga arwah sepenuh masa berikutan komitmen kerja: "Ayah dan ibu saya berpisah sejak 20 tahun lalu. Saya tidak dapat menjaganya sepenuh masa kerana sibuk dengan tuntutan kerjaya.

"Saya akui, terbit dalam hati mahu kehadiran arwah bapa pada saat bergelar suami, sekalipun hanya mampu berada atas katil. Saya melihat adik beradik lain beruntung berkahwin pada saat arwah masih ada, saya pula sebaliknya. Bagaimanapun, kita hanya merancang, Tuhan menentukan," katanya.

Penyanyi kelahiran Pulau Tuba, Langkawi itu pernah muncul dengan beberapa single termasuk lagu 'Dia' ciptaan Ippo Hafiz. Lagu 'Dia' yang juga lagu tema drama 'Kekasih Paksa Rela' pernah meledakkan nama Qody. Selain itu, Qody pernah berduet dengan Marsha Milan Londoh menerusi lagu tema filem 'Tujuh' berjudul 'Ku Bersumpah'.












www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Qody Rany


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: