08 March 2020

MAWAR BUAT KEJUTAN TEMUKAN IBU DENGAN BONDANYA: "MENGALIR AIR MATA..."


"Surprise Mommy!!! Tiap kali tengok, mesti mengalir air mata Surprise from us to you mummy. Kasih sayang antara anak dan ibu. Mawar & siblings buat surprise kat mummy, kitorg diam2 beli ticket nenek & aunty dari Chiangmai dtg ke sini untuk jumpa mummy.





"Alhamdulillah, Mummy menangis happy gile dpt duduk ngan nenek kat sini. Nenek akan duduk sbulan kali ni. Last nenek dtg 2 tahun lepas, masa wedding Mawar. Sbenarnya Atok Mawar baru meninggal 6 bulan yang lepas. Mawar sendiri tk leh bygkan kalau Mawar berjauhan ngan mummy Mawar.

"Mawar faham prasaan mummy mawar terpaksa berjauhan ngan ibondanya. Tapi.. Demi anak2, mummy sanggup berjauhan dgn family dan duduk kat malaysia (Mummy mmg asal dari ChiangMai, umur mummy 24, mummy move to malaysia lepas kawin ngan arwah papa mawar).

Klik untuk gambar besar


"Mummy you're super woman! Mummy mmg jadi contoh yg terbaik untuk kitorg. Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar mummy. Adik bangga ngan mummy Thank you sbb bnyk berkorban untuk kitorg.. Perasaan paling bahagia bila kita dapat buat ibu kita happy.

"Another reason Mawar bawa nenek dtg kesini sebab Mawar nak mummy and nenek bagi restu and support untuk PC & SOFT LAUNCHING EVENT @MAWAROSE_HQ soon. Doakan semoga MAWAROSE maju jaya dan dapat membantu membina lebih ramai usahawan. #MawaroseHQ #Mawarose2020," tulis pelakon Mawar Rashid pada sebuah video yang merakamkan detik pertemuan ibunya, Marinee Abdullah dengan bondanya menerusi laman Instagram miliknya.

Berjauhan bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi bila berjauhan dengan ibu sendiri. Pastinya perasaan rindu sentiasa membuak-buak. Itulah yang terjadi kepada ibu Mawar yang berjauhan dengan bondanya yang berasal dari Chiangmai, Thailand.



Menurut Mawar, ibunya yang ketika itu berumur 24 tahun berpindah ke Malaysia apabila berkahwin dengan ayahnya, Wan Abdul Rashid (arwah) dan meninggalkan keluarganya di Chiangmai. Berpakat dengan adik beradiknya, Mawar membuat kejutan untuk ibu tersayang apabila secara diam-diam membelikan tiket kapal terbang untuk nenek dan makciknya datang ke Malaysia.

Menurut Mawar, dia sendiri tidak dapat membayangkan hidup berjauhan dengan ibunya dan perkara itu membuatkan dia faham perasaan ibunya. Tambah Mawar, perasaan paling bahagia bila kita dapat membuat ibu kita gembira.

Untuk makluman, Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkahwin dengan Raden Ahamd Faizal Yaakob pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Mawar Rashid & @marinee_rashid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: