21 March 2020

HORMATI PERINTAH KERAJAAN - FASHA & AIDIL TUNDA MAJLIS HARI JADI & ANNIVERSARY


Bagi menghormati arahan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Rabu lalu, pelakon Fasha Sandha terpaksa menunda hasratnya meraikan hari jadi dan ulang tahun perkahwinan pertama dengan pelakon Aidil Aziz. Pelakon drama 'Lara Aishah' itu berkata, dia merancang mengadakan majlis yang bertemakan Fasha Sandha In Wonderland pada 28 Mac ini. Dia akan mengumumkan tarikh baharu kelak.





"Saya akan meraikan hari jadi ke-36 pada tarikh berkenaan. Dalam masa yang sama, saya juga mahu meraikan ulang tahun perkahwinan pertama pada 30 Mac ini. Tidak mengapa, semua ini berlaku bersebab dan di luar kawalan.

"Saya menghormati perintah kerajaan. Sejujurnya, pembayaran menganjurkan acara sudah dilakukan, selain kad jemputan diedarkan. Tetapi, mujurlah mereka memahami situasi ini. Ini juga untuk kebaikan dan keselamatan bersama. Majlis akan ditunda pada satu tarikh baharu," ujarnya.

Fasha berkata, dia mendoakan situasi negara dan seluruh dunia bertambah baik: "Moga kita akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. Insya-Allah, saya sendiri tak sabar mahu bertemu teman rapat dan rakan media pada majlis ini," katanya yang kini hamil lima bulan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: