21 March 2020

JUAL KIT UJIAN COVID-19 - NETIZEN KRITIK, SHAH ISKANDAR MOHON MAAF


Menerusi laman Instagram, pelakon Shah Iskandar telah berkongsi kepada umum apabila mewar-warkan penjualan kit ujian pengesanan COVID-19 dan turut memaklumkan bahawa dia juga sudah menjalani ujian pengesanan status COVID-19 berkenaan. Bahkan, pelakon kelahiran Singapura itu turut menunjukkan cara-cara penggunaan menerusi sesi live di Instagram.





"Saya negatif COVID-19! Alhamdulillah. Saya menjual kit ujian COVID-19 pada harga RM75. Buat tempahan sebelum Ahad ini dan penghantaran dilakukan selepas Selasa. Stok terhad. Lakukan pemeriksaan ke atas diri anda dengan mudah hanya di rumah," tulisnya pada satu posting di Instagram.

Perkongsian Shah, 38, itu telah menarik perhatian dan mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen dimana rata-rata mengkritik tindakan pelakon drama 'Syurgaku Tak Sempurna' ini yang menjual alat ujian pengesanan tersebut selain mempertikaikan perbuatannya yang dianggap melanggar undang-undang.

Klik untuk gambar besar


"Sesenang je test kit jual kat umum, kalau betul, lebih baik pergi hospital atau klinik yang jual kan. Harap tak ada yang beli sebab tak ada pengesahan daripada Kememterian Kesihatan Malaysia. Saya dah kemukakan perkara ini kepada pihak yang berkenaan. Nanti mereka akan mengambil tindakan," tulis sebahagian netizen,

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Shah memadam posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka secara live di Instagram: "Disebabkan hal ini melibatkan sensitiviti dan dituduh mengambil kesempatan nak kaut keuntungan, saya dengan rendah diri memohon maaf. Terima kasih kerana menyedarkan benda itu tak sepatutnya dijual," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai diminta terus mendapatkan pemeriksaan di hospital sekiranya menunjukkan simptom jangkitan COVID-19.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shah Iskandar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: