09 March 2020

ISTERI BUAT KEJUTAN - RODY KRISTAL BAKAL TIMANG ANAK KEDUA


Anggota kumpulan Kristal, Rody menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa syukur apabila sempena ulang tahun kelahirannya ke-34, isterinya, Nur Izwani Azman atau Niena Azman membuat kejutan dimana dirinya disahkan hamil bayi kedua.





"Happy birthday to me! 34 dah.. tq syg surprise kan I tiap2 tahun.. tp dah pesan siap2 nk surprise kan I kena jimat2.. hehe.. love u syg! Alhamdulillah.. hadiah dari Allah.. Tahniah abang @adithya_jabbar ! Hehe.. tq syg @niena_azmann!" katanya.

Menerusi perkongsian itu dia memuatnaik fotonya bersama isteri di sambutan hari jadinya. Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun serta tahniah di atas berita gembira itu.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, isteri Rody turut memuatnaik ucapan hari lahir buat suami serta mengumumkan kehamilan keduanya: "Happy Birthday En.Mi I wanted to wish you the very best, but you already have me! Haha.. so no need but the truth things, Im the lucky one to have you in my life.. tak tau mcm ne nk gambarkan hidup I skrg mcm ne I think I have the beautiful smile in the world cause I have u..

"Alhamdullilah.. this coming Julai, kte akan terima family members baru.. so let's work hard lg moga u berjaya dan dimurahkan, so I boleh relax and shopping.. eh! Di usia 34 ni, jgn2 la noty ok.. klu xnk rasa bola tu smpai kt gitar-gitar u.. or I hantar Adith je, sejak akhir2 ni.. abg2 btol die moga kte till jannah ya," tulis isteri Rody pula di IG.

Untuk makluman, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkahwin dengan Niena yang juga penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Adithya Jabbar yang berusia setahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rody Kristal & Niena


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: