09 March 2020

EMIR MUATNAIK FOTO WANITA DI SEBALIK CAHAYA - NETIZEN TEKA MIRA FILZAH


Wan Emir Astar telah memuatnaik sekeping foto wanita disebalik cahaya di laman Instagram miliknya dan telah menjadi perhatian netizen yang mengatakan foto tersebut milik pelakon Mira Filzah. Emir yang merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkongsi sebuah coretan petikan yang ditujukan khas kepada semua wanita di dunia ini.





"Wanita. Di depan mahupun di belakang tabir, dalam apa jua situasi, suatu cahaya yang berkilauan, terus bergemerlapan menerangi naluri. Di sebalik senyuman dan air mata, adanya kasih dan nadi kekuatan, sentiasa memberi dan tidak tahu erti henti. Ciptaan-Nya yang tak terganti luar biasanya. Selamat Hari Wanita Sedunia," tulisnya.

Walaupun foto berkenaan tidak jelas, namun rata-rata pengikut Emir yakin lantas 'memetik' nama Mira di ruangan komen itu: "Walau di sebalik tabir, tetap dikenali dari bentuk bayang-bayangnya. - "Tengok style tudung pun dah kenal siapa.

Klik untuk gambar besar


"Cakap je la Mira Filzah. - "Waa dua-dua orang dah mula dedahkan si dia masing-masing ni.. Semoga berjodohan. - "Eh macam pelakon paling popularlah. - "Bidadari Kiriman Tuhan @mfmirafilzah," antara komen-komen peminat.

Menerusi pemerhatian Gempak, Mira turut meninggalkan tanda suka di foto tersebut. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sering kelihatan meninggalkan komen di ruangan foto Emir yang dimuat naik kepada umum.

Terdahulu, Mira mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan. Mira bagaimanapun masih tetap dengan pendiriannya mengunci mulut daripada mengulas mengenai identiti kekasihnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Wan Emir Astar & Mira Filzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: